Saturday, December 22, 2012

‎~>ANDAI RASULULLAH MELIHAT AKU BERFACEBOOK<~

ANDAI RASULULLAH MELIHAT AKU BERFACEBOOK

Assalamualaikum. Saya cuma nak kongsi sedikit perkongsian. Saya ambil article ni daripada seseorang. Dah tak ingat mana sumber sebab dah lama simpan dalam draft je...

Tajuknya ‘Andai Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook’.
Apa yang anda nampak bila dengar tajuk tu?
Seperti yang kita tahu, setiap sesuatu ada ’pro and cons’nya kan? Apa kebaikan facebook and apa pula keburukannya ?
Kawan usrah cakap facebook ni dapat menambah kenalan. Ada jugak yang cakap “disebabkan kitafriend dengan bermacam umur manusia,so sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku. Contohnya di universiti. Kira dapat info sikit pasal U.” Hah, ada jugak yang jawab, facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam. Dan dia cerita pengalaman dia ber’chatting’ dengan seorang kristian.


*Muslimah Dan Facebook*

Nampak tak sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan melalui tajuk tu?

Ok, begini ya Rakan-rakan. Kalaulah kan, seandainya Rasulullah s.a.w masih ada, bersama kita, melihat kita.. agak-agak macam mana? Apalagi bila Baginda tengok kita muslimah ni dengan apa yang kita buat. Peringatan, BILA KITA BERFACEBOOK, Agak-agak kena puji atau kena tegur?

Sebelum tu kena check dulu. Apa yang kita buat dengan facebook kita. Bermanfaat untuk orang lain atau tak? Dedah aurat tak kat facebook? Kalau dah tutup aurat pun, masih berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki? Chatting yang tak penting? Gambar tayang sesuka hati? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu. Cuba check!

Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita ber ‘facebook’ ni, agak-agak kena puji tak? Masa nak berfacebook tu, apa rujukan anda? Siapa sasaran status anda? Banyak jenis orang di facebook ni. Ada yang buat facebook macam diari.

“Facebook aku, suka hati aku la nak post apa pun!”

Kemudian, yang sedihnya bila golongan muslimah, yang faham pengertian ikhtilat, yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter’jerumus’ dalam the bad side of Facebook. The bad side of Facebook? Muslimah? macam mana tu? Begini..

Bagaiman syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak macam baik. Faham kan?

Contoh mudah. Kita couple. Couple islamik la kononnya. Datang istilah dari mana pun tak tau la.

“Kita tak pernah jumpa pun dengan boyfriend kita. Mesej-mesej je. Tu pun sebulan dua kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh, bagi nasihat dan tazkirah. Kita saling mencintai kerana Allah. Apa tu orang kata, ukhuwwahfillah? Ha, ye la tu. Tak dosa. Kami tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina. Kami ingat dosa lagi tau.”

Betul ke ni?

Contoh dalam facebook. Kita post status dengan genre Islamik, Kemudian ada la rijal mari bertandang,

“Baguslah enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah pilihanconfirm menang ni.”
“Eh, takdelah. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau masuk Imam Muda, mesti kalah semua orang.”
Nampak?

Wahai saudara/saudari ku! Siapa yang buka ruang sebenarnya ni? Kemudian kalau ikhwan tu tiba-tiba jadi mesra, mula la nak bersalah sangka, “Eh,dia ni. Nampak je waro’ tapi miang jugak.” “Tak sangka dia berani nak hint-hint aku. Dia sedar tak aku ni siapa, dia tu siapa?”

Hmm, Kasihan muslimin. Dipersalah terus menerus. Saudari, jangan salah faham. Bukan saya nak back up pakatan axis Y ni. Tapi kadang-kadang ada sesetengah perkara tu salah kita sebenarnya.

Seterusnya, post status cinta. Semua status dia tu bertemakan cinta. Cinta islamik popular sekarang ni kat facebook kan? Banyak page-page cinta islamik.

Malah, Buka sahaja facebook. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau lebih yang bercerita soal cinta. Termasuk saya, kadang-kadang.

“Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu.”

Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh.

“Aku menunggumu kerana Allah.”

Remaja, Jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da’ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.

Jangan salah faham. Bukan nak cakap benda ni salah. Baguslah sebenarnya kalau cinta berlandaskan iman. Tapi takkan itu sahaja yang kita fikir? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni. Subhanallah. Musuh islam pun gerun tengok kita.

Ada jugak yang spesis ‘aku like kau, kau like aku’. Tiap-tiap status dia like. Macam pelik je, status yang tak menarik pun di ‘like’. Ni like status ke like tuan status? Status sesama gender tu kurang pula dia nak like. Status yang different gender tu juga dia nak like. Apa tuh orang kata, macam magnet. Kan? Kalau North sama North, dia tolak. North dengan South baru boleh tertarik. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala. Magnet tak kenal halal haram. Tapi yang kita ni. Sepatutnya dah terlebih faham kan.

Lagi satu, pasal gambar. Kalau boleh tak perlu la nak upload gambar yang jelas terang-terangan sampai nampak segala jerawat. Muslimah, Walaupun awak tutup aurat dengan sempurna sekalipun, jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk awak upload gambar sesuka hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang orang Lelaki tu fikir . Jadi jagalah perlakuan kamu, mahalkanlah mahar maruah kamu wahai Muslimah.

Kemudian, untuk kamu yang berniqab. Walaupun hanya nampak mata sahaja, janganlah kamu ambil gambar yang agak ‘melampau’. Bimbang nanti terpesong niat pula. Moga dijauhkan. Kita berniqab kerana Allah. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni. Jadi, rasanya tak perlu untuk kita letak gambar berniqab yang agak jelas. Gambar individual, kalau ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang shooting dekat. Jelas keindahan mata yang mempesonakan. (Sila jangan marah ya )

Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfacebook, apakah reaksinya?
Kecewakah dia denganku?
Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan..




oleh : Shujaie Kamal

Saturday, July 14, 2012

..::Pendakwah Muslimah Alam Maya::..




Assalamualaikum WBT..


Alhamdulillah berkesempatan lagi pada hari ini untuk saya update blog..
tajuk hari ini memang sangat sinonim dan sering kita lihat di laman facebook..
tajuk ni juga susah untuk saya tulis dalam masa yang singkat..
lama tertangguh..hari ni baru berkesempatan untuk menulis kembali..
risau untuk kemukakan pendapat sendiri..
takut ada hati yang terasa..
tapi rasa tanggungjawab ingin menegur mendorong diri ini untuk menulis mengenai fenomena ini..
berbalik kepada tajuk.. 'Pendakwah Muslimah Alam Maya'..
berapa ramai dalam kalangan kita yang faham mengenai berdakwah di alam maya?
susah untuk saya ungkapkan..
straight to the point la..
wajarkah muslimah digelar pendakwah alam maya apabila friend dengan ramai kenalan dan kenalan berlainan jantina..lelaki sangat ramai..
dua tiga orang saya jumpa ada masalah apabila mereka post mengatakan bahawa mereka diganggu oleh beberapa orang yang tidak sepatutnya di facebook..
eem...nak salahkan siapa tu..lelaki atau si pendakwah muslimah??
pendapat saya, jika digelar muslimah, bukan sahaja di dunia nyata kita perlu menjaga pergaulan..
tetapi juga di alam maya khususnya facebook..
apa signifikannya memiliki friend yang terlalu ramai hingga beribu-ribu..
mustahil si pendakwah muslimah kenal 1 demi 1 rakan-rakan dalam kalangan ajnabi tu...
pendapat saya, lelaki tidak hanya terpaut pada seseorang wanita hanya kepada wajah atau kesopanan yang ditunjukkan di dunia nyata..yang dilihat di dunia nyata..
tapi, tulisan juga memainkan peranan dalam menyentuh hati lelaki untuk terpaut kepada si wanita..

p/s : setelah melihat ramai sangat muslimah yang menghadapi masalah diganggu kata2 manis lelaki ajnabi mendorong penulisan ini..apa2 pun dalam bidang dakwah memang banyak cabarannya..mungkin ini yang mungkin akan dihadapi golongan muslimah dalam menyampaikan dakwah..

::Astaghfirullah..moga Allah ampunkan kita semua::


*suka sangat dengan Oki Setiana Dewi..dan yang paling dikagumi Ustazah Fatimah Syarha

Saturday, July 7, 2012

::Indahnya bersama

Bismillahhiwalhamdulillah..
syukur masih diberi nafas lagi hari ini..
pen dan kertas dah lama sangat tak tulis blog..
sangatlah busy untuk update blog..
baru saja selesai mengemudi bahtera untuk program bakti siswa..
dengan pengalaman yang tidak seberapa..pertama kali menganjurkan event yang besar..sangatlah mencabar diri seorang insan yang masih merangkak..
mujur berkat kesungguhan kawan2 yang banyak membantu..Alhamdulillah program bakti siswa 'KASIH DICURAH KENANGAN TERCIPTA' memberi seribu satu kenangan yang manis kepada semua peserta..baik dari pihak pelajar mahupun penduduk kampung sendiri..

banyak pengalaman berharga yg saya dapat..
melayani karenah ragam manusia..syukur Allah bagi peluang..bukan semua orang boleh merasai..
syukur juga mempunyai team yang mantap..bersama2 susah senang..saling back up antara satu sama lain bila ada masalah..akhirnya, program mengikut apa yang dirancang..

Thursday, April 12, 2012

..::aMalan terbaik untuk kiTa::..

1. Solat Tahajjud setiap malam
2. Solat Dhuha setiap pagi
3. Puasa sunat setiap minggu
4. Bersedekah setiap hari
5. Berzikir setiap waktu
6. Solat di awal waktu
7. Mengaji Quran setiap hari
8. Berbuat baik setiap masa
9. Berbuat jahat jangan sekali
10. Mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW

Monday, January 9, 2012

..::hiLanGkan perasaaN iNi::..

Assalamualaikum wbt...hanya perkongsian..
bagi mereka yg telah jatuh hati dengan seseorang...tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan..falling in love with someone yg tak dpt dibendung..asyik teringatkan si dia...asyik nak tengok dia je...asyik nak mesej dengan dia je...tertunggu2 mesej daripada dia je...lebih2 lagi bg pelajar yg mempunyai tanggungjawab dlm mencari ilmu dn kejayaan...yg masih tidak b'kemampuan utk b'kahwin...

pecayalah kita boleh tanganinya dgn sibukkan diri kita dalam aktiviti yg berfaedah.....conth,kita sebagai student, kita blh menyertai pelbagai persatuan, organisasi dan sebagainya...lebih2 lagi organisasi yg melibatkan kpimpinan..pastinya tugas yg dpikul amat berat..anda perlu lead organisasi..lead org bawahan..buat projek sana sini..sure kita pasti letih dgn perkara sebegini dan membataskan kita utk memikirkan tentang si dia...dalam masa 24jam mungkin 10minit je kot ingat..tak pun 2hari sekali..tak pun tak ingat langsung..
jka blh jgn biarkn dri anda bsndrian...mlyan prsaan...jtuh ht sbb dia pndai..2 kagum...jtuh ht sbb hensem...nafsu...jtuh hti sbb baik...2 ksian...jtuh hti sbb xtau sbb mybe kot prsaan dr Allah..slalunya ssh dpt la time2 mcmni....fkir la tggungjwb kta thdap dr sndri...tggjwb thdap ibubpa...azam 1st time jjak kki ke tmpat bljr 2...

penglibatan secara aktif dalam pelbagai organisasi sama ada dakwah atau sebagainya ini tdk menjadi bebanan dan masalah kerana perkara yg dibuat adalah berfaedah..utk kesejahateraan bersama...kita juga akan dpt habuannya...pengalaman dan sbgainya...yg penting saham akhirat...InsyaAllah...
dengan cara ini seterusnya dapat mengelakkan diri kita daripada couple sebelum nikah seterusnya boleh elak daripada melakukan maksiat...yang penting hubungan dengan Allah terjaga...

ini hanya saranan semata2....kita dah selalu dengar dan baca kalau nak elak bnda2 mcmni Islam ada cara dan ajarkan seperti tundukkan pandangan dan sebagainya...jalan yg ditentukan oleh Allah ini lebih afdhal dilakukan....TAPI apa salahnya kita buat inisiatif sendiri...contohnya sibukkan diri....sy pun bukan ikut suka menulis perkara macam ni....sy pun ade melihat pengalaman dari senior2...even yg bertudung labuh dan berkopiah...rakan masjid sekalipun........sy tak reti la nk cakap dari konteks org2 dewasa y bekerjaya..sy hanya mampu beri pandangan hanya dalam konteks student sahaja...remaja..sebab sy juga dalam kalangan remaja...

contoh ye...kwn2 sy sendiri bertudung labuh..tahu hukum hakam...tahu cara mengelakkan nafsu adalah dengan berpuasa jika teringatkan seserang yg kita tak patut ingat...tp mereka sendiri tak dapat control diri...diam....layan perasaan..tp dengan gaya Islamic la...perasan la time tu dia selalu post kt FB pasal cinta y diredhai Allah....suka dengar lagu2 cinta dari kumpulan nasyid.....istikharah cinta le...mcm2.....

keadaan ni kita tengok tak dapat bantu student..student takkan dapat kualiti student yg dibanggakan..masalah dlm komunikasi..pelajaran pun terkontang kanting..life student hilang macam tu je...ruginyee..

p/s~~ jika kita sukakan seseorang, better jangan cerita pd sesiapa..just seorang y sangat dipercyai..agamanya...kejujurannya....yg penting agama la..dari agama yg baik..baru ade kejujuran...klu susah sangat nak pendam bagitau pd dia...TAPI
sebaiknya menangislah pd ALLAH yg ESA..luahkan la semua pd Allah..kte memang tak dapat jawapannya secara oral...tp jawapan tu akan datang tanpa kita sedari...semua kerja y kita lakukan akan dipermudahkn...


~~sy just memberi pandangan ikut pengalaman org lain dan sedikit tentang pengalaman sendiri..apa2 pun perasaan cinta tu memang indah..perasaan yg dikurniakan Allah SWT...sangat indah..tp jangan melewati batas2 agama yg telah Allah tetapkan..ingatlah Allah pemilik cinta tu...cinta sekadar sahaja..wallahualam