Friday, July 5, 2013

Qada solat subuh perlu atau tidak baca qunut?


Assalamualaikum WBT

Berkesempatan lagi kali ini untuk berkongsi berkenaan soal jawab agama. Topik kali ini mungkin biasa kita dengar. Mungkin orang yang membaca akan cakap 'ala kacang je benda ni, yang tu pun nak tulis'. Sebab 'tak macam kacang' ada juga orang masih blur atau keliru dengan perkara ni. Masalah qada solat subuh, perlu atau tidak baca doa qunut? Alhamdulillah berkesempatan mendengar jawapan daripada Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dr Hj Harussani mengenai perkara ini.

Bercakap soal qada solat, hukumnya adalah WAJIB. Jika dicongak kembali jumlah solat yang kita tinggal sejak mula kita baligh memang tidak terkira. Bagi mereka yang mula menjaga solat seawal usia seterusnya sangat menjaganya setelah baligh, saya ucapkan tahniah. Namun, masih ramai dalam kalangan kita yang leka dengan perkara ni. Apabilaa umur dah lanjut, baru sedar diri, bertaubat dan masa ni lah tanggungjawab kita untuk tunaikan qada solat yang telah kita tinggalkan. Bayangkan, masih ada dalam kalangan kita yang telah berusia 50 tahun baru mengenal erti solat sebenar. Mengikut pendapat ulama, sebaiknya mula qada solat bermula selepas baligh, contohnya bagi lelaki, diambil bermula usia 15 tahun dan wanita seawal usia 9 tahun. Jadi jika usia 50 tahun baru mula nak solat, kiralah berapa ribu waktu yang telah ditinggalkan. 365hariX5waktu=1825 waktu darab pula  dengan umur bermula kita baligh sehingga sekarang apabila kita sudah mula sedar kewajipan solat. Astaghfirullah..moga Allah beri hidayah dan tidak bolak balikkan hati kita.

Hukum asal membaca qunut dalam solat subuh adalah sunat. Jadi, sama ada dalam solat fardhu atau ketika kita nak qada solat, hukumnya tetap sama iaitu sunat. Buat boleh, tak buat pun tidak membatalkan solat. Ramai dalam kalangan kita salah faham konsep baca doa qunut dalam solat subuh. Hukumya sunat. Bukan wajib. Buat tak apa, tak buat pun takpa.

Wallahu'alam

Thursday, July 4, 2013

Jaga ibadat dan jaga aurat tapi tetap tak berjaya?


Assalamualaikum WBT..
Alhamdulillah pagi Jumaat tadi berpeluang mendengar soal jawab agama di PerakFM oleh Sahibul Samahah Tan Sri Dr Haji Harussani, Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Ada seorang makcik ni call bertanyakan tentang bagaimana dia nak menjawab pertanyaan anak dia yang sekarang belajar di IPT berkenaan takdir Allah. Anaknya jaga solat, ibadat dan tutup aurat tetapi dalam peperiksaan tetap dapat keputusan yang biasa-biasa saja. Sepanjang 3 semester belajar tak pernah dapat dean list. Anak makcik tu persoalkan kenapa Allah buat macam tu? Kenapa orang yang tak jaga batas-batas agama dapat keputusan yang baik? Nak dijadikan cerita makcik tu taknak la anaknya nanti terpesong akidah disebabkan perkara macam ni.

So jawapan yang diterangkan oleh Tan Sri, sangatlah ringkas dan padat. Jawapannya buatkan pendengar dapat memahami hakikat sebenar ketentuan Allah. Ramai orang tak puas hati dengan ketentuan Allah apabila nak dibanding-bandingkan dengan amal ibadat yang dilakukan oleh mereka. Lebih-lebih lagi pelajar yang sentiasa berada dalam situasi mencabar dan persaingan. Kita belajar, kita baca buku, kita jaga solat tapi tetap tak dapat keputusan yang baik.

Kita kena ingat, urusan amal ibadat, solat, puasa dan sebagainya adalah wajib dilaksanakan kerana kita hamba Allah. Itu telah menjadi kewajipan kita secara hakiki. Jika kita mengamati sebenar-benar keadaan, takkan timbul persoalan buat ibadat tapi kenapa masih gagal. Kenapa masih susah dan sebagainya. Allah tak janji pun kalau kita tak tinggal solat, kita akan kaya, kita akan pandai. Semua kejayaan bergantung kepada usaha kita. Kalau usaha, pasti Allah balas dengan kebaikan. Nabi pernah bersabda "buatlah apa sahaja, apa yang kamu buat itu kamu akan dapat". Ini kalau belajar, tapi tak faham apa yang dipelajari takkan berjaya juga. Ajaklah berpuluh orang pun datang baca Yasin dekat rumah still takkan dapat kecapi kejayaan tu.

Kita kena ingat, kaya atau miskin, pandai atau jahil itu semua ujian Allah. Kita tengok ramai yang bercouple, tak tutup aurat, solat tak tentu waktu tapi berjaya kan? Sebenarnya itu semua ujian Allah supaya mereka terus leka sehinggalah mereka temui jalan hidayah. Dalam kata lain ia dipanggil istidraj iaitu antara nikmat dan kemurkaan Allah. Kita jangan fikir tak buat ibadat rasa seronok sebab banyak harta dan pandai.

Allah berfirman: "orang yang dapat kelebihan ini akan bangun dalam keadaan termangu-mangu di akhirat nanti"
Allah juga berfirman dalam surah Luqman ayat 14: "bersyukurlah kepada-Ku dan (berterima kasihlah) kepada keduan ibu bapamu, dan (ingatlah) kepada-Ku tempat kembali (untuk menerima balasan)"

:: Seiring Sehaluan ::




Subhanallah sungguh terkesan bait2 lirik Seiring Sehaluan nyanyian UNIC. Teringat sahabat yang pernah hadir dalam hidup insan ni.




Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Segan dengan dia...



Malam ni tak boleh tidur. Tetiba teringat pulak nak ber'blogwalking'. Blogwalking la sangat, stalk blog sorang je pun. Seseorang yg agak kena mengena dengan diri ini. Kena sipi2 je. Tak kenal sangat pun. InsyaAllah jika Allah izin mungkin Allah akan temukan juga kami berdua...Ameen.... Seorang kakak yg sangat dikagumi. Kak Norm*****...full stop. Tak leh cite lebih. Kak M ni orangnya Islamik gitu. Solehah. Baru mendirikan rumah tangga. Ciri2 wanita solehah, isteri soleh, ibu mithali pun ade. Banyak dia kongsikan dalam blog. Dia pemimpin Nisa' kat kawasan dia. Banyak program dakwah dia anjurkan. Alhamdulillah teringin nak jadi macam dia. Banyak ilmu. Berusrah tak tinggal. Mulanya buat saya terfikir dia ni nanti dah kahwin mesti jadi suri rumah. Duduk rumah jaga anak. Makan minum suami. Ye la macam yg dianjurkan Islam. Dalam surah An-Ahzab ayat 33, Allah berfirman:

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyyah dahulu, dan laksanakanlah shalat, tunaikanlah zakat, taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”


Nabi Muhammad SAW juga bersabda:

“Wanita adalah aurat. Apabila ia keluar, syaitan akan menghiasinya dari pandangan laki-laki.”

But I'm wrong. Bukan nak cakap dia Kak M ni tak ikut sunnah ke ape, tapi sebenarnya saya sangat mengagumi dia. Kak M bekerja sebagai IT Executive kat syarikat milik Jepun. Pergh!  Yela kita kena realistic. Dunia sekarang bukan macam dulu. Mencabar sangat. Kos sara hidup tinggi. Wanita juga digalakkan bekerja untuk bantu suami but with condition. Husband kena bagi approval and after work, kena cepat terus balik rumah and most important thing rumah tangga tak terabai. Tanggungjawab wajib isteri kena laksana juga. Back to her work, mostly her teamwork are foreigner. International compony tu. Saya pun belajar bab international but I'm not sure whether I can be a part of international community. Baca tentang perkongsian Kak M yang tetap dengan penampilannya semasa bekerja. Bertudung labuh, berbaju kurung dan berstokin. Masa mula2 dia masuk kerja siap pakai sarung tangan lagi sebab nak elak kot ada lelaki yang akan berjabat tangan. For sure in big company, majority non-muslim and foreigner, of course they don't know our principal in Islam. Women can't touch men. 

Segan dengan Kak M ni. Nak dibandingkan dengan diri ni yang masih merangkak mencari ilmu. Macammana nanti betul2 ditakdirkan akan bertemu dengan Kak M ni. Segannya.  Ilmu di dada sangat kurang. Memang Kak M ni terdidik dengan baik oleh parent dia. Especially ayah dia. Dia betul2 jaga diri dia. Takkan sesekali bagi ayah, abang2 dan adik2 diheret ke neraka. Kak M seorang anak yatim. Dia dah takde ibu. Subhanallah, ibu dia dah tinggalkan anak yang solehah. Yang bertanggungjawab pada keluarga. 

Saya sangat berharap pada Allah dan sentiasa berdoa supaya satu hari nanti dipertemukan juga dengan Kak M. Supaya kami boleh sentiasa berkongsi ilmu. Saling ingat mengingati satu sama lain sama seperti dia melayan adik2 dia sendiri.



*syukur Alhamdulillah Kak M dikurniakan suami yang sangat penyayang dan soleh..InsyaALLAH. Baru2 ni dapat khabar Kak M dah pregnant. Alhamdulillah. Moga Allah sentiasa pelihara Kak M, suami dan keluarganya..

NasyidFM



Assalamualaikum WBT
baru2 ni saya 'godek2' facebook terjumpa la seorang kawan ni like page 'NasyidFM'. Page pe tu? Rupanya page radio NasyidFM. Tak pernah tau pun pasal radio tu. Tekan URL yang ade kat page tu macam ni http://www.nasyidfm.com.my/v1/
sekali, keluar lagu2 nasyid. Teruja beta. Semua lagu2 nasyid. Berterusan. Iklan sikit2 je. Kadang2 ada ceramah/ulangan ceramah. Latest song, previous song. Sume ade. Qasidah, zikir. Cara ni la nak rawat rohani kita. InsyaAllah moga hati2 kita sentiasa dekat dengan Islam.


Wednesday, July 3, 2013

4 Julai 2010


4 Julai 2010. Kali pertama berpisah dengan mak abah jauh2. Nak keluar air mata, abah cakap "taknak nangis2..datang sini nak belajar"..air mata pun tak keluar..bergenang je..mula minggu orientasi yang sering digembar gemburkan sebagai the worst ever moment. kena buli bagai. tapi biasa je. tak kena pun. tidor lambat tu biasala. belajar lagu 'bukit kachi'.."bukit lah kachi hoi!"..buat poco-poco tangan. kena p changlun bersesak2 dalam c-mart tengok majlis pelancaran apa tah. buat community service kat masjid kampung changlun. at last, ambil gambar ramai2 kat padang kachi dengan baju hijau tulis colgis + bank rakyat. i started my life as intaff student. sungguh tough..and now 4 Julai 2013, prepare untuk practicum pulak. sungguh masa berlalu cepat sangat. 
miss uum so much.

Tuesday, July 2, 2013

Aku dan Dia


Aku: "...baik kan budak tu. Ilmu banyak. Ramai orang suka. Mengaji Quran pandai. Siap boleh hafal certain surah lagi..."

Dia: "...emmm..ye la kot" (buat muke togey)

Aku: "...awat? Semacam je tengok..."

Dia: (sambil tarik nafas dalam2) "...em dah nama lelaki...ilmu tinggi mana pun kalau duk main pompuan tu kira sama taraf ja dengan yang len.. (bla...bla...bla).. orang pandang nampak baik sangat la tu..cinta islamik la sangat..gatai nak kawen sangat tu..nak bagi makan apa?..kerja tak..belajar pun tunggang langgang.. (berhenti jap)
Nak cari redha Allah konon. Dalam masa sama duk ingat ke perempuan. Dalam facebook berbalas comment. Ayat lentok2 lagi. Yang si pompuan pun alahai gedik habis. Tudung labuh. (gulpp.....ayat tak leh tahan...tudung labuh juga disalahkan)..Redha Allah la sangat. Bab cinta nak sangat la redha Allah...(bla...bla...bla)..

Aku: ???... OIC... (dalam hati-salah pilih orang nak cakap..tak pasal kena ceramah..hew2)


p/s: Buat ku terfikir sejenak.. Lelaki ke perempuan ke, kena jaga bab hati dan perasaan ni. Jangan melebih-lebih. memang la cinta tu fitrah, tapi ramai je sekarang buat benda tu jadi fitnah. Bila kena kata mula melenting. ate dah diri sendiri mencipta fitnah tu. mulut orang tak boleh tutup. asal celik je mata nak je cari salah ni salah tu. tambah2 geng cinta Islamik. lagi la orang asyik cari salah.
Kita ni pulak tak habis-habis canang nak redha Allah..nak redha Allah..nak cinta Allah...tapi duk buat perangai macam tu. Lain kali buat dulu baru cakap. Ni pong pang sana sini macam tin kosong..emm

Ingat balik saat manisnya iman yang kita rasa bila hati terasa dekat dengan Allah, dekat dengan Islam..
Ingat saat jatuh bangun melawan nafsu untuk kita capai cinta Allah..
Jangan kerana sikap kita yang lalai tu, hati terasa jauh dari Allah, sanggup ke lagi kita nak bangun berjuang kembali??
Jagalah ia sebaik mungkin..

*sahabat, kawan yg baik ada macam 2 jenis. ada yang baik ilmu, baik akhlak.. ada baik ilmu akhlak pula kureng.. contoh kawan yg ilmu agama banyak tapi dia duk bercintan cintun.. cinta Islamik. dah tu kita jangan la ikut perangai yang bercinta Islamik tu..bercouple tu..ilmu2 tackle pompuan/lelaki yang belajo daripada kawan tu..aish...ambil ilmu agama dia sudah..
bukan nak menyibuk...tapi nak ingatkan..

Monday, July 1, 2013

Palestin..maafkan kami...






Teringat sesuatu. Teringatkan saudara kita nun di sana. Palestin yang tak lena tidur mereka dek kekejaman Zionis. Terasa bersalah diri ini dengan mereka. Mana taknya, ingatan cuma sekali sekala. Mengejar keseronokan di sini. Bergelak ketawa dengan kawan2. Bersuka ria tatkala mereka sentiasa takut untuk keluar rumah. Kadang2 duduk dalam rumah pun tak selamat. Astaghfirullah. Maafkan kami saudara.

Tiba2 teringat pesanan seorang pemimpin mahasiswa dalam satu forum pembebasan rakyat Palestin:

"kita kena ingat derma yang kita bagi pada rakyat Palestin bukanlah derma tetapi bayaran hutang kita kepada mereka kerana mereka telah jagakan kita tanah Palestin dan Masjidil Aqsa".. 

Kita wajib kena ambil tahu isu ni. Kita bertanggungjawab kerana tanah Palestin bukanlah hak rakyat Palestin sahaja tetapi hak kita umat Islam. Memang kita tak mampu ke sana apatah lagi memegang senjata melawan tentera Zionis. Jadi jangan lupa basahkan lidah dengan memohon doa kepada Allah untuk keselamatan saudara kita kat sana.

:: Puasa ::


Assalamualaikum WBT

Lama tak update blog ni. Sangatlah busy nak ngadap bende ni. Alhamdulillah baru selesai menghabiskan final exam untuk final sem, final year. Syukur. Moga Allah permudahkan segala urusan di masa akan datang.

InsyaAllah lebih kurang 8 hari lagi akan bertemu dengan bulan rahmat Ramadhan Al-Mubarak. Baru2 ni sebelum meninggalkan kampus tercinta, saya ada menghadiri kuliah Maghrib oleh Tuan Guru yang mengajar di Masjid Imam As-Syafie melalui tafsiran kitab olehnya.  InsyaAllah saya akan kongsikan kebaikan yang dapat kita peroleh melalui ibadat dalam bulan Ramadhan. Moga perkongsian memberi manfaat bersama:

1) Segala perbelanjaan di bulan puasa dibalas syurga. Perbelanjaan dimaksudkan termasuklah makanan, sedekah dll
2) Bau mulut orang yang berpuasa diumpamakan seharum kasturi di sisi Allah
3) Diampunkan dosa bagi orang yang beramal di malam lailatulqadar sekurang2nya solat Isya berjemaah
4) Akan digandakan pahala bagi mereka yang melaksanakan solat sunat Isya 4 rakaat. Boleh dibuat 2 sebelum dan 2 selepas atau 4 rakaat sebelum atau selepas solat Isya
5) Dikurniakan nikmat keseronokan ketika berbuka
6) Mendapat pahala tidur di dalam bulan puasa dengan sentiasa menyebut Allah

Antara kelebihan yang dapat kita peroleh dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya banyak lagi. Tak sempat nak salin lebih sebab datang lewat.

*Pesan Nabi 'buatlah apa sahaja, apa yang kamu buat itu kamu akan dapat'...

8 Nak buat ibadat jangan tunggu bulan Ramadhan je. Mulalah tatkala kita mula sedar perlunya kita berubah ke arah yang lebih baik. Berubah tak semestinya tunggu kita kena betul2 bersedia. Berubah dalam Islam ni perlu dipaksa. Hidup kita tak lama. Tua atau muda anytime boleh diambil nyawa. Kita milik Allah 8