Thursday, July 4, 2013

Segan dengan dia...



Malam ni tak boleh tidur. Tetiba teringat pulak nak ber'blogwalking'. Blogwalking la sangat, stalk blog sorang je pun. Seseorang yg agak kena mengena dengan diri ini. Kena sipi2 je. Tak kenal sangat pun. InsyaAllah jika Allah izin mungkin Allah akan temukan juga kami berdua...Ameen.... Seorang kakak yg sangat dikagumi. Kak Norm*****...full stop. Tak leh cite lebih. Kak M ni orangnya Islamik gitu. Solehah. Baru mendirikan rumah tangga. Ciri2 wanita solehah, isteri soleh, ibu mithali pun ade. Banyak dia kongsikan dalam blog. Dia pemimpin Nisa' kat kawasan dia. Banyak program dakwah dia anjurkan. Alhamdulillah teringin nak jadi macam dia. Banyak ilmu. Berusrah tak tinggal. Mulanya buat saya terfikir dia ni nanti dah kahwin mesti jadi suri rumah. Duduk rumah jaga anak. Makan minum suami. Ye la macam yg dianjurkan Islam. Dalam surah An-Ahzab ayat 33, Allah berfirman:

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyyah dahulu, dan laksanakanlah shalat, tunaikanlah zakat, taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”


Nabi Muhammad SAW juga bersabda:

“Wanita adalah aurat. Apabila ia keluar, syaitan akan menghiasinya dari pandangan laki-laki.”

But I'm wrong. Bukan nak cakap dia Kak M ni tak ikut sunnah ke ape, tapi sebenarnya saya sangat mengagumi dia. Kak M bekerja sebagai IT Executive kat syarikat milik Jepun. Pergh!  Yela kita kena realistic. Dunia sekarang bukan macam dulu. Mencabar sangat. Kos sara hidup tinggi. Wanita juga digalakkan bekerja untuk bantu suami but with condition. Husband kena bagi approval and after work, kena cepat terus balik rumah and most important thing rumah tangga tak terabai. Tanggungjawab wajib isteri kena laksana juga. Back to her work, mostly her teamwork are foreigner. International compony tu. Saya pun belajar bab international but I'm not sure whether I can be a part of international community. Baca tentang perkongsian Kak M yang tetap dengan penampilannya semasa bekerja. Bertudung labuh, berbaju kurung dan berstokin. Masa mula2 dia masuk kerja siap pakai sarung tangan lagi sebab nak elak kot ada lelaki yang akan berjabat tangan. For sure in big company, majority non-muslim and foreigner, of course they don't know our principal in Islam. Women can't touch men. 

Segan dengan Kak M ni. Nak dibandingkan dengan diri ni yang masih merangkak mencari ilmu. Macammana nanti betul2 ditakdirkan akan bertemu dengan Kak M ni. Segannya.  Ilmu di dada sangat kurang. Memang Kak M ni terdidik dengan baik oleh parent dia. Especially ayah dia. Dia betul2 jaga diri dia. Takkan sesekali bagi ayah, abang2 dan adik2 diheret ke neraka. Kak M seorang anak yatim. Dia dah takde ibu. Subhanallah, ibu dia dah tinggalkan anak yang solehah. Yang bertanggungjawab pada keluarga. 

Saya sangat berharap pada Allah dan sentiasa berdoa supaya satu hari nanti dipertemukan juga dengan Kak M. Supaya kami boleh sentiasa berkongsi ilmu. Saling ingat mengingati satu sama lain sama seperti dia melayan adik2 dia sendiri.



*syukur Alhamdulillah Kak M dikurniakan suami yang sangat penyayang dan soleh..InsyaALLAH. Baru2 ni dapat khabar Kak M dah pregnant. Alhamdulillah. Moga Allah sentiasa pelihara Kak M, suami dan keluarganya..

No comments:

Post a Comment