Thursday, July 4, 2013

Jaga ibadat dan jaga aurat tapi tetap tak berjaya?


Assalamualaikum WBT..
Alhamdulillah pagi Jumaat tadi berpeluang mendengar soal jawab agama di PerakFM oleh Sahibul Samahah Tan Sri Dr Haji Harussani, Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Ada seorang makcik ni call bertanyakan tentang bagaimana dia nak menjawab pertanyaan anak dia yang sekarang belajar di IPT berkenaan takdir Allah. Anaknya jaga solat, ibadat dan tutup aurat tetapi dalam peperiksaan tetap dapat keputusan yang biasa-biasa saja. Sepanjang 3 semester belajar tak pernah dapat dean list. Anak makcik tu persoalkan kenapa Allah buat macam tu? Kenapa orang yang tak jaga batas-batas agama dapat keputusan yang baik? Nak dijadikan cerita makcik tu taknak la anaknya nanti terpesong akidah disebabkan perkara macam ni.

So jawapan yang diterangkan oleh Tan Sri, sangatlah ringkas dan padat. Jawapannya buatkan pendengar dapat memahami hakikat sebenar ketentuan Allah. Ramai orang tak puas hati dengan ketentuan Allah apabila nak dibanding-bandingkan dengan amal ibadat yang dilakukan oleh mereka. Lebih-lebih lagi pelajar yang sentiasa berada dalam situasi mencabar dan persaingan. Kita belajar, kita baca buku, kita jaga solat tapi tetap tak dapat keputusan yang baik.

Kita kena ingat, urusan amal ibadat, solat, puasa dan sebagainya adalah wajib dilaksanakan kerana kita hamba Allah. Itu telah menjadi kewajipan kita secara hakiki. Jika kita mengamati sebenar-benar keadaan, takkan timbul persoalan buat ibadat tapi kenapa masih gagal. Kenapa masih susah dan sebagainya. Allah tak janji pun kalau kita tak tinggal solat, kita akan kaya, kita akan pandai. Semua kejayaan bergantung kepada usaha kita. Kalau usaha, pasti Allah balas dengan kebaikan. Nabi pernah bersabda "buatlah apa sahaja, apa yang kamu buat itu kamu akan dapat". Ini kalau belajar, tapi tak faham apa yang dipelajari takkan berjaya juga. Ajaklah berpuluh orang pun datang baca Yasin dekat rumah still takkan dapat kecapi kejayaan tu.

Kita kena ingat, kaya atau miskin, pandai atau jahil itu semua ujian Allah. Kita tengok ramai yang bercouple, tak tutup aurat, solat tak tentu waktu tapi berjaya kan? Sebenarnya itu semua ujian Allah supaya mereka terus leka sehinggalah mereka temui jalan hidayah. Dalam kata lain ia dipanggil istidraj iaitu antara nikmat dan kemurkaan Allah. Kita jangan fikir tak buat ibadat rasa seronok sebab banyak harta dan pandai.

Allah berfirman: "orang yang dapat kelebihan ini akan bangun dalam keadaan termangu-mangu di akhirat nanti"
Allah juga berfirman dalam surah Luqman ayat 14: "bersyukurlah kepada-Ku dan (berterima kasihlah) kepada keduan ibu bapamu, dan (ingatlah) kepada-Ku tempat kembali (untuk menerima balasan)"

No comments:

Post a Comment