Monday, January 14, 2013

Sujud Sahwi


Assalamualaikum WBT

Perkongsian untuk sahabat?
tajuk hari ini ialah SUJUD SAHWI.
bahasa paling mudah sujud apabila jika kita tertinggal rakaat dalam solat..contohnya dolat 4 rakaat tapi kita buat 3 je..tiba2 kita teringat yang kita tertinggal 1 rakaat..so bolehlah lakukan sjud sahwi selepas memberi salam..ia juga boleh dipraktikkan jika kita tertinggal doa qunut semasa solat subuh..

saya tidak akan membincangkan bagaimana melakukan atau cara sujud sahwi..
tapi saya akan berkongsi bagaimana wujudnya sujud sahwi ini..

jawapannya ialah daripada ilham atau wahyu yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW..

bagaimana berlaku?
pada suatu hari seperti biasa baginda mengimamkan solat asar..namun solat tersebut hanya dilakukan sebanyak 2 rakaat..
sahabat bertanya kepada Nabi..adakah solat asar telah bertukar daripada 4 kepada 2 rakaat?
Nabi bertanya kembali kepada sahabat adakah baginda melakukan hanya 2 rakaat dan bukan 4?
para sahabat mengiakan bahawa baginda hanya melakukan 2 rakaat solat..

lalu baginda bangun melakukan 2 lagi tambahan rakaat yang tertinggal dan diakhiri dengan sujud sahwi..


kita dapat lihat lupa Rasulullah bukanlah daripada baginda sendiri tetapi kerana bimbingan daripada Allah untuk menunjukkan cara kepada kita bagaimana jika kita tertinggal rakaat dalam solat...caranya adalah dengan sujud sahwi...

wallahhualam 
(sumber daripada ceramah Ustaz Kazim Elias-Perginya Seorang Kekasih Allah)

p/s: sorry ayat tunggang langgang..moga bermanfaat kepada pembaca..
'sampaikan kepadaku walaupun satu ayat'

Sunday, January 13, 2013

Awak kata awak da'ie


Da'ie? apa itu daie?
ya daie tu pendakwah..
pe cite pulak pendakwah kali ni?


Awak kata awak da'ie...Tapi awak terlibat dengan politik yang tak sihat,

Awak kata awak da'ie...Tapi awak share gambar Dato' buat perkara tak senonoh walaupun awak sendiri tak pasti kebenarannya,

Awak kata awak da'ie...Tapi lepas solat jemaah awak berkumpul dengan kawan2 awak, awak mengutuk ahli2 politik,

Awak kata awak da'ie...Tapi awak buka aib orang,

Awak kata awak da'ie...Awak tahu buka aib orang dosa besar tapi awak buat juga,

Awak kata awak da'ie...Tapi awak share, dan comment gambar atau post yg caci, buka aib, mengutuk mana2 pihak dalam facebook,

Awak kata awak da'ie...Tapi awak like post kawan2 awak yang berbaur fitnah...


Awak...awak sedar tak apa awak buat?
Awak cakap nak cari agama Allah..nak cari redha Allah..
Saya taknak awak dapat dosa dengan tindakan awak..
Kita semua makhluk Allah banyak khilafnya..
Siapa kita untuk menghukum ini dan itu..
Tak kisah awak penyokong siapa..

Awak kata awak da'ie....................

Thursday, January 10, 2013

::Kawan-Sahabat-Teman::




Sepanjang perjalanan kehidupan,

ku temu pelbagai rupa kawanku...

gemuk, kurus, panjang, pendek,
lawa, kacak, hodoh, ayu, sayu
Bersikat, bertudung…
sejenak ku terfikir…
manakah satu rupa yang akan menjadi kawanku yang setia...
yang gemuk atau kurus?
yang pendek atau panjang?
yang lawa atau hodoh?
yang bersikat atau bertudung?
diriku dalam dilema…
setelah difikir berkali…
tersedar diriku…
kadang-kadang sesuatu yang indah tak sebetul-betulnya indah
dan...
kadang-kadang sesuatu yang buruk tak sebetul-betulnya buruk...
kadang-kadang yang kacak tak selalunya betul...
kadang-kadang yang lawa tak selalunya baik...
kadang-kadang yang hodoh tak selalunya jahat...
kadang-kadang yang bertudung tak selalunya jujur...
dalam hidup ini perlulah berhati-hati…
mencari kawan memang senang…
tetapi mencari kawan yang setia...
umpama mencari jarum dirumput yang kering...


p/s: walaubgaimanapun, kita dulu kena jadi baik dan setia..what goes around comes around..ape yg kita beri kita akan dapat balik..InsyaAllah..saya sayang sahabat2 saya dunia akhirat

Nak Dilihat tapi Taknak Dilihat 2




Assalamualaikum WBT

Sambungan daripada topik Nak Dilihat tapi Taknak Dilihat..
sebab apa saya menentang perbuatan meletakkan gambar sendiri yang berpurdah dan nampak bijik mata?...

sedarlah wahai ukhtiku...
matamu itu pun boleh menaikkan nafsu lelaki..
tambah2 bila dah friend beratus2..kenalkah anda dengan yang beratus2 tu?..
ish! tipu la friend sampai nak cecah 1000...awak kenal sorang2 yang lelaki tu?..

ukhtiku...
dalam beratus2 tu, mesti berpuluh2..tak berpuluh2 mesti berbelas2..tak pun beberapa orang ada niat tak baik terhadap awak ukhtiku...
bayangkan kalau 'dia' teringin nak tengok awak..
'dia' create account facebook baru dengan meletakkan nama seperti 'Hamba Solehah'..'Nur Iman'..contoh la kann...
'dia' pun pakai purdah..'dia' request friend dengan awak..
awak pun dengan niat untuk menambah ilmu, kenalan yg berpurdah, awak terus approve..
'dia' pun mesej awak..berkongsi pengalaman yang 'dia' hanya baca dalam tenet or facebook golongan2 yg seangkatan dengan awak je..
al last, awak berdua rapat..
'dia' minta gambar awak..awak bagi atas dasar kawan..
'ana uhibbuki fillah'..macam tu la...ana ni tak pandai cakap Arab..haa..macam tu le jadi...
ukhtiku,..
'dia' pun tengok muka awak...then ape jadi kat die time tu...emm..taknak cakap lebih...
bahaya ukhtiku..
sebab rata-rata yang saya lihat golongan berpurdah ni ramai sangat friend..
kenapa ya?
ok2 I faham..sebab nak sampaikan dakwah kan..
em bagi saya la kan..dakwah la orang sekeliling kite dulu..
baru tumpu orang luar yg kita tak kenal tu..
tu ha kawan2 baik kita tu...ramai lagi yang tak tutup aurat..ramai yang pakai ketat2..tarbiyah mereka dulu...
tak payah la friend facebook ramai2..buat ape..

'eh ana approve dalam kalangan muslimat saja'

eee..aku tampaq sat lagi budak ni!!!
hang paham dak kalau orang tu pretend ja macamna?
la ni senang sangat orang nak buka account facebook...
bukan payah nak kena fotostat IC ka...surat sumpah ka..
ish da la....

Wassalam... ('  _  ')V


to be continued...

Wednesday, January 9, 2013

Nak Dilihat tapi Tak Nak Dilihat


Isu..isu..isu..
apa dia..golongan berpurdah..
bukan nak memandang rendah..apatah lagi membuka aib..
tapi perkara ni kalau tidak ditegur akan menjadi lebih berat..lebih melarat...
mohon sesiapa yang baca tulisan yang tak seberapa ni 'habaq' la kepada mereka yang berkenaan..
bukan untuk kepentingan sendiri..tetapi untuk menjaga nama Islam juga..

Nak Dilihat tapi Tak Nak Dilihat..tentu ramai pernah dengar frasa ni kan..
frasa yang dicipta khas daripada Ustaz Ibnu Batoota...
golongan nak dilihat ni dituju khas buat golongan berpurdah...

*GOLONGAN BERPURDAH TAPI LETAK GAMBAR SORANG-SORANG NAMPAK MATA DEKAT FACEBOOK....haaa...kannn

pe kes tu..ye la dia pakai purdah sebab nak elak lelaki ajnabi tengok..'wajahku hanya untuk suamiku'...
tapi dia pun nak seantero warga facebook tengok die...
tengok die dah pakai purdah...senang2 dapat pujian..'subhanallah...moga terus istiqamah'...
kalau si lelaki pula..'subhanallah inilah calon isteri solehah'...urm..

come on ya ukhti...perbetulkan niatmu..
ke mana pendirianmu..
kalau mahu berdakwah sekalipun jangan ditayang la biji matamu..
ke mana malumu..
tak mahu..tak mahu..
malu..malu..

stop!!! ini baru teguran..menyusul selepas ini sebab ape perlu ditegur...(bila taktau la..tunggu je la)

nak baca...baca la...nak terima..nak comment..nak kutuk..nak maki..it's up to you lah..ade haku kesah...emmm

wassalam... ^_^

::Hari Hari Bermakna::


Assalamualaikum WBT...

bahagia..bahagia...
tu yg boleh diungkapkan..
syukur alhamdulillah...
Allah telah memberi peluang hidup untuk ke 22 tahun bagi tahun 2012..
baru selesai menyambut ulang tahun kelahiran pada 31 Dec...
pe yg bahagia?
bahagia hari lahir disambut dengan penuh bermakna oleh orang2 tersayang..
disambut di UUM..alhamdulillah buat kali ke-2 dan terakhir...
and the most precious time for me...when my birthday was celebrated for two times...so sweet
^_^

31st December 2012...

thanks a lot to my true friend...best friend...
love three of you...
-A'inn-Shahamah-Yana-
mee meggi for me..so sad but in the same time it's quite special for me..yeah not everybody got a chance to have mee meggi as their present right..... 
they bring me together with Shaheizy Sam..just a picture..it's okay...

emmm...kesian kot....
lepas je celebrate, terus semua gerak bilik masing2...
sebab 31 Disember hari yg paling mencabar buat kami..
especially me and shahamah...
we got 2 exam on the same day..killer paper..German and Strategic Studies...
dalam hari bersejarah pulak tu...alahai...
mungkin ada hikmah..insyaAllah....

6 January 2013

Special thank to all 'my family'..yup melengkapi diri ini bagaikan keluarga...
-kak ita-kak nina-hanan-nab-ummi-hasanah-a'inn-yana-shahamah-anna-

diorang buat surprise dekat taman bunga gitu...
with spaghetti..choc cake..and props..
makacih....

this is my choc cake...berapa diorang labur taktau la..terharu sangat...terhutang...emm..sangat sayangkan mereka...subhanallah..


sangat mengharapkan perhubungan ini kekal hingga ke Jannah..
diredhai Allah hendaknya...
terima kasih sahabat for being my friend....
love all of you


..wassalam...

Friday, January 4, 2013

JANGAN PERASAN SOLEHAH

Wahai para Muslimat,jangan berangan nak jadi solehah kalau : 

--> Solat fardhu di akhir waktu

--> Baca Al-Qur'an malas

--> Baca Al-Ma'thurat sekali setahun

--> Solat sunat Taubat dilupakan

--> Solat sunat Tahajjud diabaikan

--> Solat sunat Dhuha disisihkan


--> Puasa sunat ditinggakan


--> Tak hormat ibu bapa


--> Gunakan kawan untuk kepentingan diri sendiri


--> Sering buruk sangka dengan orang


--> Selalu kata benda keji


--> Banyak dengar & tengok benda lagha


--> Banyak fikirkan tentang "bakal imam" melebihi Penciptanya


--> Mata melilau mencari lelaki-lelaki soleh


--> Pandang rendah orang yang masih jahil dan jauh dari Islam


--> Pergaulan lelaki perempuan tak dijaga


--> Ber"huha" dengan lelaki asing tanpa segan silu di alam maya




Kesimpulannya : Jangan kita ingat hanya dengan pakaian kita yang menutup aurat,sudah layak digelar 'wanita solehah' hinggakan tak perlu lagi kita perbanyakkan amalan & berusaha menjadi lebih baik. Makanan rohani tu penting untuk jadi benteng daripada kita melakukan perkara-perkara sia-sia tersebut. Kuatkan semangat, berusaha untuk berubah. Lawan sifat malas dan benci pada perkara-perkara yang Allah tak suka. Cari sahabat solehah untuk kita makin bersemangat beribadah kepada Allah.

Peringatan lebih pada diri sendiri. Muhasabah diri bersama..