Monday, April 22, 2013

:: Gadis_Muslimah ^_^ ::



Assalamualaikum WBT

Awak..awak..
Muslimah..bukan perfect..
Tapi cuba nak jadi baik..
Kadang2 perangai gila2
Bila ‘boring’ pasang lagu omputih kuat2
Bila malas tidur sampai tak ingat dunia
Bila ‘drive’ selalu sumpah seranah kalau kereta lain ‘out law’
Bila bawa motor kadang2 nak tunjuk lagak macam diri ni lelaki
Bila berjalan rasa macam ‘akulah kang yong kawasan ni’..ala2 gengstar celop gitu
Bila gelak kadang2 sampai mengilai2..berdekah2..macam jantan
Bila bersembang kadang2 sampai 3 4 pagi takpun tak tidur langsung
Bila berfesyen suka ‘colour2 block’
Muslimin janganlah nak letakkan expectation yg tinggi kepada muslimah bertudung labuh
Muslimah kadang2 ada keinginan yang pelik2
Kadang2 berbeza daripada personality yang dibawa
Biarlah..
Asalkan pergaulan antara muslimin dijaga
Asalkan pandangan terhadap muslimin dijaga
Asalkan tidak melebihi batas agama
Asalkan tak derhaka kepada ibu bapa
Asalkan rajin belajar
Yang pasti muslimah yang baik apabila dia sentiasa ingin berubah dan berusaha berubah ke arah yang lebih baik..

(^_^)

Monday, April 8, 2013

Solat Sunat




Assalamualaikum WBT..
'sampaikan padaku walaupun sepotong ayat'..ye itu yang cuba saya sampaikan. Harini nak berkongsi jenis2 solat sunat yang boleh dilakukan oleh kita.
Sebelum tu, ingin saya berkongsi berkenaan solat sunat ni. Ramai dalam kalangan kita bila p masjid rajin sangat buat solat sunat kan? Walhal kat rumah malas beno. So ikutlah cara Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW melaksanakan solat sunat iaitu banyakkannya di rumah. Ia lebih afdhal kerana takut nanti timbulnya RIYAK.

4 tingkat solat sunat yang boleh dilakukan dalam kehidupan kita sebagai mukmin.

1. Solat sunat afdhal
-Jenazah (fardhu kifayah)

2. Solat sunat muakkad (dituntut)
(solat sunat yg sentiasa dilakukan oleh Nabi secara berjemaah)
-2hari raya (Aidilfitri & Aidiladha), 
-Gerhana
-Meminta hujan
-Terawih

(bersendirian)
-Rawatib(qobliah/ba'diyah)-ikutan sebelum/selepas solat fardhu-berfungsi menampal kekurangan solat fardhu 
-Witir (sebelah malam-selepas solat isya),

3. Biasa
-Solat malam(qiamullail-sembahyang mutlak sebelum tidur),
-Tahajjud
-Dhuha
-Tahiyatul masjid
-dll

4. Untuk tujuan2 khusus
-Istikharah-seeloknya pertengahan malam-mula dgn baca surah yasin-solat surah al-kafirun n al-ikhlas
-Sunat tasbih
-Taubat
-Hajat
-Syukur

Hopefully boleh faham la. Ni sebenarnya saya terjemah kembali daripada video 'solat2 sunat' yg saya beli. Saya masih 'merangkak' dalam ilmu2 fiqh, ibadah dsb. Sentiasa belajar dan terus belajar.
InsyaAllah berkongsi apa tahu.
...Wallahualam...


Sunday, April 7, 2013

Kahwin Muda?



Assalamualaikum WBT...
hewhew..lamenye tak hincit ke sini..tup2 demam pilihanraya ni ada pulak nak share something dengan kome..
pasal pilihanraya ke? taklah..
nak cerita pasal KAHWIN MUDA..ha topik ni agak suam2 kuku sekarang memandangkan orang lebih tumpu kepada pilihanraya..

Apabila berbicara bab kahwin muda..pelbagai perspektif daripada pelbagai golongan berbeza

1. Bila dengan golongan akademik
-"Tumpukan pada pelajaran. Jangan nak menggatal lagi. Kita mesti ada ijazah. Zaman sekarang belajar sampai Master. Wajib. Kalau belajar sampai PHD lagi better".

2. Bila dengan ibu bapa
-"Tunggu la dulu. Belajar bagi habis. Kerja dulu. Bagi stabil hidup baru kahwin"

3. Bila dengan golongan agama
-"Elok kahwin masa belajar. Tak susah mana pun. Ramai dah buktikannya. Jalani hidup secara sederhana. Cinta lepas kahwin lagi baik. Kahwin muda sangat dituntut dalam Islam.

4. Bila dengan kawan2 sebaya
-"Apa kes kahwin awal. Takde life la. Taknak la lagi terikat. Belum bersedia nak jadi isteri..ibu..



maybe ada yang tak betul pun..just share pandangan..rasa hati ni..
so tu je la nak cakap..bukan tips ke ape ke..
...wassalam...