
Assalamualaikum WBT..
'sampaikan padaku walaupun sepotong ayat'..ye itu yang cuba saya sampaikan. Harini nak berkongsi jenis2 solat sunat yang boleh dilakukan oleh kita.
Sebelum tu, ingin saya berkongsi berkenaan solat sunat ni. Ramai dalam kalangan kita bila p masjid rajin sangat buat solat sunat kan? Walhal kat rumah malas beno. So ikutlah cara Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW melaksanakan solat sunat iaitu banyakkannya di rumah. Ia lebih afdhal kerana takut nanti timbulnya RIYAK.
4 tingkat solat sunat yang boleh dilakukan dalam kehidupan kita sebagai mukmin.
1. Solat sunat afdhal
-Jenazah (fardhu kifayah)
2. Solat sunat muakkad (dituntut)
(solat sunat yg sentiasa dilakukan oleh Nabi secara berjemaah)
-2hari raya (Aidilfitri & Aidiladha),
-Gerhana
-Meminta hujan
-Terawih
(bersendirian)
-Rawatib(qobliah/ba'diyah)-ikutan sebelum/selepas solat fardhu-berfungsi menampal kekurangan solat fardhu
-Witir (sebelah malam-selepas solat isya),
3. Biasa
-Solat malam(qiamullail-sembahyang mutlak sebelum tidur),
-Tahajjud
-Dhuha
-Tahiyatul masjid
-dll
4. Untuk tujuan2 khusus
-Istikharah-seeloknya pertengahan malam-mula dgn baca surah yasin-solat surah al-kafirun n al-ikhlas
-Sunat tasbih
-Taubat
-Hajat
-Syukur
Hopefully boleh faham la. Ni sebenarnya saya terjemah kembali daripada video 'solat2 sunat' yg saya beli. Saya masih 'merangkak' dalam ilmu2 fiqh, ibadah dsb. Sentiasa belajar dan terus belajar.
InsyaAllah berkongsi apa tahu.
...Wallahualam...
No comments:
Post a Comment