Sunday, May 19, 2013

Puasa Bulan Rejab


Assalamualaikum W.B.T

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahhuakbar

Pagi yang penuh barakah..isnin 10 Rejab 1434H..hujan turun di Kachi. (Allahumma soyyiban nafi'an)
Hari ni hari isnin, ramai yang nak puasa sunat. Tambah2 bulan Rejab yang penuh keberkatan. Nak dijadikan cerita, harini tak boleh tidur langsung. So terdengar la gelagat jiran2 kat sini yang nak puasa. Dalam pukul 5.15am macam tu ada dengar bunyi alarm. 10min lepas tu dengar pulak ada yang mengetuk2 pintu bilik. Agaknya ketuk bilik kawan ajak bersahur la tu. Lepas tu dengar pulak bunyi 'ting' 'ting', sudu dengan cawan kaca, Tengah bancuh air agaknya. Macam tu la hidup di universiti ni. Senyum sendiri dengar gelagat2 diorang. Dalam masa sama buat diri ni terfikir, mesti rindu gila moment2 tu. Kejap je masa berlalu, lagi berapa minggu je lagi nak habis semester6 dan insyaAllah semester akhir pengajian di UUM. Rindu. Rindu sangat2 moment macam tu. Dekat universiti ni la pengalaman yang paling best. Dengan kawan2. Hidup berdikari. (hati sedih rasa nak keluar air mata laju2)