Thursday, November 7, 2013

::Jangan Kahwin Lagi::


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Ungkapan yang sering kita dengar. Begitu juga saya, saya menghadapi dua perpisahan yang agak terkesan dalam hidup saya. Pertama perpisahan dengan alam universiti. 3 tahun berada di bumi Sintok, belajar, mencari ilmu dunia dan akhirat, jumpa ramai orang. Kedua perpisahan dengan warga Jabatan Imigresen Kuala Lumpur apabila saya diberi peluang mejalani tempoh praktikal di sana. Belajar menghadapi dunia pekerjaan sebenar. Belajar menghadapi karenah manusia. Dalam 2 perpisahan tu, saya menerima 2 nasihat daripada orang yang berbeza, ayat yang berbeza tetapi konsep yang sama.

(Situasi 1: Pejabat Am DPP Bank Rakyat, UUM)

Puan Mel (Pengetua DPP): "Ape rancangan awak lepas praktikal nanti?"
Saya: "InsyaAllah keje terus la. Nak tunggu konvo lambat lagi."
Puan Mel: "Taknak sambung lagi?"
Saya: "Memang nak. InsyaAllah ada rezeki"
Puan Mel: "Awak, nanti dah keje jangan fikir nak kahwin je. Awak sorang harapan family. Saya nak awak bawa parent awak buat umrah dulu baru kahwin. Lagi awak kena ingat lepas keje nanti, integriti tu penting. Duit gaji yang kite terima tu biar bersih..........."

(Situasi 2: Pejabat Imigresen Cawangan Wangsa Maju Kuala Lumpur)

'Last day bersama warga JIM CWM, salam2 semua. Masa nak salam salah seorang IO, Kak Zura namanya...

(sambil peluk):

Kak Zura: "Lepas ni nak buat ape?"
Saya: "Keje kak. InsyaAllah. Lagipun tahun depan baru konvo"
Kak Zura: "Haaa jangan kahwin tau. Haha....jangan kahwin"


Yup konsep yang sama iaitu 'JANGAN KAHWIN LAGI BUAT MASA NI'. Fuh! Ye saya tahu dan saya faham apa yang diorang cakap. Macam tu juga la nasihat yang saya terima daripada family sendiri. Nasihat macam tu sebenarnya memberi semangat kepada saya untuk terus berjaya dalam hidup. Apa2 pun jodoh di tangan Allah. Kalau dah jodoh, pasti Allah bagi jalan untuk kita. Mudahkan kita.
InsyaAllah bahagiakan Mak Abah.. Bahagiakan Keluarga..


*DPP - Dewan Penginapan Pelajar
*JIM - Jabatan Imigresen
*CWM - Cawangan Wangsa Maju
*IO - Immigration Officer

No comments:

Post a Comment