Friday, July 5, 2013

Qada solat subuh perlu atau tidak baca qunut?


Assalamualaikum WBT

Berkesempatan lagi kali ini untuk berkongsi berkenaan soal jawab agama. Topik kali ini mungkin biasa kita dengar. Mungkin orang yang membaca akan cakap 'ala kacang je benda ni, yang tu pun nak tulis'. Sebab 'tak macam kacang' ada juga orang masih blur atau keliru dengan perkara ni. Masalah qada solat subuh, perlu atau tidak baca doa qunut? Alhamdulillah berkesempatan mendengar jawapan daripada Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dr Hj Harussani mengenai perkara ini.

Bercakap soal qada solat, hukumnya adalah WAJIB. Jika dicongak kembali jumlah solat yang kita tinggal sejak mula kita baligh memang tidak terkira. Bagi mereka yang mula menjaga solat seawal usia seterusnya sangat menjaganya setelah baligh, saya ucapkan tahniah. Namun, masih ramai dalam kalangan kita yang leka dengan perkara ni. Apabilaa umur dah lanjut, baru sedar diri, bertaubat dan masa ni lah tanggungjawab kita untuk tunaikan qada solat yang telah kita tinggalkan. Bayangkan, masih ada dalam kalangan kita yang telah berusia 50 tahun baru mengenal erti solat sebenar. Mengikut pendapat ulama, sebaiknya mula qada solat bermula selepas baligh, contohnya bagi lelaki, diambil bermula usia 15 tahun dan wanita seawal usia 9 tahun. Jadi jika usia 50 tahun baru mula nak solat, kiralah berapa ribu waktu yang telah ditinggalkan. 365hariX5waktu=1825 waktu darab pula  dengan umur bermula kita baligh sehingga sekarang apabila kita sudah mula sedar kewajipan solat. Astaghfirullah..moga Allah beri hidayah dan tidak bolak balikkan hati kita.

Hukum asal membaca qunut dalam solat subuh adalah sunat. Jadi, sama ada dalam solat fardhu atau ketika kita nak qada solat, hukumnya tetap sama iaitu sunat. Buat boleh, tak buat pun tidak membatalkan solat. Ramai dalam kalangan kita salah faham konsep baca doa qunut dalam solat subuh. Hukumya sunat. Bukan wajib. Buat tak apa, tak buat pun takpa.

Wallahu'alam

16 comments:

  1. Alhamdulillah. Terima kasih atas pencerahan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah jumpa jugak jawapannya hehe...

    ReplyDelete
  3. Tapi, kalau dia doa qunut adalah sunat. Mengapa Kita harus sujud sahwi (maaf kalau tersalah ejaan), jika tidak membaca ketika solat subuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb doa qunut tu sunat ab'adh(sunat yang amat dituntut). kena faham pula sbb2 yg membolehkan sujud sahwi - https://akuislam.com/blog/ibadah/melakukan-sujud-sahwi/

      masih lgi sah solat jika lupa perbuatan sunat dan masih lgi sah jika terlupa juga sujud sahwi. tetapi sbb amat dituntut rugi jika xbuat unless terlupa juga untuk sujud.

      Delete
  4. Alhamdulillah bertambah ilmu soal qada solat

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Jazakallahu khyran.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, terima kasih sangat!

    ReplyDelete
  7. Terima kasih bg pencerahan y mudah difahami..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah syukur terimakasih

    ReplyDelete
  9. perlu ka baca doa selepas solat qada?

    ReplyDelete
  10. Terima kasihh๐Ÿ‘๐Ÿปatas pencerahan..

    ReplyDelete