Wednesday, November 20, 2013

Aku nak berubah...



Terkenang kata2 seorang sahabat:


"em diorang tu kalau nak terkinja2..bual2 kosong, ajak la aku..tapi kalau bab2 nak menuntut ilmu agama..jumpa ustazah ni..ustazah tu...usrah...emm langsung lupakan aku..diorang2 je..aku pun ada hati perasaan..takkan aku tak terasa bila diorang buat macam tu..aku pun nak belajar agama..apa ingat aku ni teruk sangat ka?..memang aku pakai macam ni (tak tutup aurat dengan sempurna), tapi aku cuba..aku cuba jadi lebih baik..aku tak boleh berubah drastik.."


#Tersentap hati bila dia tiba2 luah macam tu. Agaknya dah lama pendam kot..tah la.. Tak faham dunia sekarang. Muslimah..solehah..memang cantik je orang pandang bila kita berjalan dengan geng2 bertudung labuh je..bertshirt muslimah..berjubah..memang cantik..tapi tak bermakna apa2 kalau kita tinggalkan kawan2 yang bertudung pendek. Apa nilai tudung labuh nak nampak baik je di mata manusia sekeliling sampaikan dalam menuntut ilmu agama pun memilih-milih orang nak dijadikan teman.


"takpa wei..aku faham hang..aku nampak perubahan hang..daripada baju pendek tapi sekarang dah bertambah labuh..tudung2 yang hang pakai walaupun bidang kecik tapi hang buat sampai tutup dada hang..aku nampak semua tu..hang sentiasa berubah jadi baik..sampaikan aku malu dengan diri sendri..aku nampak diri aku lagi teruk dari hang...walaupun hang jatuh..walaupun 'mereka' lupakan hang..tak bimbing hang, takpa Allah ada...Dia takkan tinggalkan hang selagi hang ingat dia...Dia sentiasa ingat hang"


oh my dunia...

Thursday, November 7, 2013

::Jangan Kahwin Lagi::


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Ungkapan yang sering kita dengar. Begitu juga saya, saya menghadapi dua perpisahan yang agak terkesan dalam hidup saya. Pertama perpisahan dengan alam universiti. 3 tahun berada di bumi Sintok, belajar, mencari ilmu dunia dan akhirat, jumpa ramai orang. Kedua perpisahan dengan warga Jabatan Imigresen Kuala Lumpur apabila saya diberi peluang mejalani tempoh praktikal di sana. Belajar menghadapi dunia pekerjaan sebenar. Belajar menghadapi karenah manusia. Dalam 2 perpisahan tu, saya menerima 2 nasihat daripada orang yang berbeza, ayat yang berbeza tetapi konsep yang sama.

(Situasi 1: Pejabat Am DPP Bank Rakyat, UUM)

Puan Mel (Pengetua DPP): "Ape rancangan awak lepas praktikal nanti?"
Saya: "InsyaAllah keje terus la. Nak tunggu konvo lambat lagi."
Puan Mel: "Taknak sambung lagi?"
Saya: "Memang nak. InsyaAllah ada rezeki"
Puan Mel: "Awak, nanti dah keje jangan fikir nak kahwin je. Awak sorang harapan family. Saya nak awak bawa parent awak buat umrah dulu baru kahwin. Lagi awak kena ingat lepas keje nanti, integriti tu penting. Duit gaji yang kite terima tu biar bersih..........."

(Situasi 2: Pejabat Imigresen Cawangan Wangsa Maju Kuala Lumpur)

'Last day bersama warga JIM CWM, salam2 semua. Masa nak salam salah seorang IO, Kak Zura namanya...

(sambil peluk):

Kak Zura: "Lepas ni nak buat ape?"
Saya: "Keje kak. InsyaAllah. Lagipun tahun depan baru konvo"
Kak Zura: "Haaa jangan kahwin tau. Haha....jangan kahwin"


Yup konsep yang sama iaitu 'JANGAN KAHWIN LAGI BUAT MASA NI'. Fuh! Ye saya tahu dan saya faham apa yang diorang cakap. Macam tu juga la nasihat yang saya terima daripada family sendiri. Nasihat macam tu sebenarnya memberi semangat kepada saya untuk terus berjaya dalam hidup. Apa2 pun jodoh di tangan Allah. Kalau dah jodoh, pasti Allah bagi jalan untuk kita. Mudahkan kita.
InsyaAllah bahagiakan Mak Abah.. Bahagiakan Keluarga..


*DPP - Dewan Penginapan Pelajar
*JIM - Jabatan Imigresen
*CWM - Cawangan Wangsa Maju
*IO - Immigration Officer

Friday, July 5, 2013

Qada solat subuh perlu atau tidak baca qunut?


Assalamualaikum WBT

Berkesempatan lagi kali ini untuk berkongsi berkenaan soal jawab agama. Topik kali ini mungkin biasa kita dengar. Mungkin orang yang membaca akan cakap 'ala kacang je benda ni, yang tu pun nak tulis'. Sebab 'tak macam kacang' ada juga orang masih blur atau keliru dengan perkara ni. Masalah qada solat subuh, perlu atau tidak baca doa qunut? Alhamdulillah berkesempatan mendengar jawapan daripada Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dr Hj Harussani mengenai perkara ini.

Bercakap soal qada solat, hukumnya adalah WAJIB. Jika dicongak kembali jumlah solat yang kita tinggal sejak mula kita baligh memang tidak terkira. Bagi mereka yang mula menjaga solat seawal usia seterusnya sangat menjaganya setelah baligh, saya ucapkan tahniah. Namun, masih ramai dalam kalangan kita yang leka dengan perkara ni. Apabilaa umur dah lanjut, baru sedar diri, bertaubat dan masa ni lah tanggungjawab kita untuk tunaikan qada solat yang telah kita tinggalkan. Bayangkan, masih ada dalam kalangan kita yang telah berusia 50 tahun baru mengenal erti solat sebenar. Mengikut pendapat ulama, sebaiknya mula qada solat bermula selepas baligh, contohnya bagi lelaki, diambil bermula usia 15 tahun dan wanita seawal usia 9 tahun. Jadi jika usia 50 tahun baru mula nak solat, kiralah berapa ribu waktu yang telah ditinggalkan. 365hariX5waktu=1825 waktu darab pula  dengan umur bermula kita baligh sehingga sekarang apabila kita sudah mula sedar kewajipan solat. Astaghfirullah..moga Allah beri hidayah dan tidak bolak balikkan hati kita.

Hukum asal membaca qunut dalam solat subuh adalah sunat. Jadi, sama ada dalam solat fardhu atau ketika kita nak qada solat, hukumnya tetap sama iaitu sunat. Buat boleh, tak buat pun tidak membatalkan solat. Ramai dalam kalangan kita salah faham konsep baca doa qunut dalam solat subuh. Hukumya sunat. Bukan wajib. Buat tak apa, tak buat pun takpa.

Wallahu'alam

Thursday, July 4, 2013

Jaga ibadat dan jaga aurat tapi tetap tak berjaya?


Assalamualaikum WBT..
Alhamdulillah pagi Jumaat tadi berpeluang mendengar soal jawab agama di PerakFM oleh Sahibul Samahah Tan Sri Dr Haji Harussani, Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Ada seorang makcik ni call bertanyakan tentang bagaimana dia nak menjawab pertanyaan anak dia yang sekarang belajar di IPT berkenaan takdir Allah. Anaknya jaga solat, ibadat dan tutup aurat tetapi dalam peperiksaan tetap dapat keputusan yang biasa-biasa saja. Sepanjang 3 semester belajar tak pernah dapat dean list. Anak makcik tu persoalkan kenapa Allah buat macam tu? Kenapa orang yang tak jaga batas-batas agama dapat keputusan yang baik? Nak dijadikan cerita makcik tu taknak la anaknya nanti terpesong akidah disebabkan perkara macam ni.

So jawapan yang diterangkan oleh Tan Sri, sangatlah ringkas dan padat. Jawapannya buatkan pendengar dapat memahami hakikat sebenar ketentuan Allah. Ramai orang tak puas hati dengan ketentuan Allah apabila nak dibanding-bandingkan dengan amal ibadat yang dilakukan oleh mereka. Lebih-lebih lagi pelajar yang sentiasa berada dalam situasi mencabar dan persaingan. Kita belajar, kita baca buku, kita jaga solat tapi tetap tak dapat keputusan yang baik.

Kita kena ingat, urusan amal ibadat, solat, puasa dan sebagainya adalah wajib dilaksanakan kerana kita hamba Allah. Itu telah menjadi kewajipan kita secara hakiki. Jika kita mengamati sebenar-benar keadaan, takkan timbul persoalan buat ibadat tapi kenapa masih gagal. Kenapa masih susah dan sebagainya. Allah tak janji pun kalau kita tak tinggal solat, kita akan kaya, kita akan pandai. Semua kejayaan bergantung kepada usaha kita. Kalau usaha, pasti Allah balas dengan kebaikan. Nabi pernah bersabda "buatlah apa sahaja, apa yang kamu buat itu kamu akan dapat". Ini kalau belajar, tapi tak faham apa yang dipelajari takkan berjaya juga. Ajaklah berpuluh orang pun datang baca Yasin dekat rumah still takkan dapat kecapi kejayaan tu.

Kita kena ingat, kaya atau miskin, pandai atau jahil itu semua ujian Allah. Kita tengok ramai yang bercouple, tak tutup aurat, solat tak tentu waktu tapi berjaya kan? Sebenarnya itu semua ujian Allah supaya mereka terus leka sehinggalah mereka temui jalan hidayah. Dalam kata lain ia dipanggil istidraj iaitu antara nikmat dan kemurkaan Allah. Kita jangan fikir tak buat ibadat rasa seronok sebab banyak harta dan pandai.

Allah berfirman: "orang yang dapat kelebihan ini akan bangun dalam keadaan termangu-mangu di akhirat nanti"
Allah juga berfirman dalam surah Luqman ayat 14: "bersyukurlah kepada-Ku dan (berterima kasihlah) kepada keduan ibu bapamu, dan (ingatlah) kepada-Ku tempat kembali (untuk menerima balasan)"

:: Seiring Sehaluan ::




Subhanallah sungguh terkesan bait2 lirik Seiring Sehaluan nyanyian UNIC. Teringat sahabat yang pernah hadir dalam hidup insan ni.




Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Segan dengan dia...



Malam ni tak boleh tidur. Tetiba teringat pulak nak ber'blogwalking'. Blogwalking la sangat, stalk blog sorang je pun. Seseorang yg agak kena mengena dengan diri ini. Kena sipi2 je. Tak kenal sangat pun. InsyaAllah jika Allah izin mungkin Allah akan temukan juga kami berdua...Ameen.... Seorang kakak yg sangat dikagumi. Kak Norm*****...full stop. Tak leh cite lebih. Kak M ni orangnya Islamik gitu. Solehah. Baru mendirikan rumah tangga. Ciri2 wanita solehah, isteri soleh, ibu mithali pun ade. Banyak dia kongsikan dalam blog. Dia pemimpin Nisa' kat kawasan dia. Banyak program dakwah dia anjurkan. Alhamdulillah teringin nak jadi macam dia. Banyak ilmu. Berusrah tak tinggal. Mulanya buat saya terfikir dia ni nanti dah kahwin mesti jadi suri rumah. Duduk rumah jaga anak. Makan minum suami. Ye la macam yg dianjurkan Islam. Dalam surah An-Ahzab ayat 33, Allah berfirman:

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyyah dahulu, dan laksanakanlah shalat, tunaikanlah zakat, taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”


Nabi Muhammad SAW juga bersabda:

“Wanita adalah aurat. Apabila ia keluar, syaitan akan menghiasinya dari pandangan laki-laki.”

But I'm wrong. Bukan nak cakap dia Kak M ni tak ikut sunnah ke ape, tapi sebenarnya saya sangat mengagumi dia. Kak M bekerja sebagai IT Executive kat syarikat milik Jepun. Pergh!  Yela kita kena realistic. Dunia sekarang bukan macam dulu. Mencabar sangat. Kos sara hidup tinggi. Wanita juga digalakkan bekerja untuk bantu suami but with condition. Husband kena bagi approval and after work, kena cepat terus balik rumah and most important thing rumah tangga tak terabai. Tanggungjawab wajib isteri kena laksana juga. Back to her work, mostly her teamwork are foreigner. International compony tu. Saya pun belajar bab international but I'm not sure whether I can be a part of international community. Baca tentang perkongsian Kak M yang tetap dengan penampilannya semasa bekerja. Bertudung labuh, berbaju kurung dan berstokin. Masa mula2 dia masuk kerja siap pakai sarung tangan lagi sebab nak elak kot ada lelaki yang akan berjabat tangan. For sure in big company, majority non-muslim and foreigner, of course they don't know our principal in Islam. Women can't touch men. 

Segan dengan Kak M ni. Nak dibandingkan dengan diri ni yang masih merangkak mencari ilmu. Macammana nanti betul2 ditakdirkan akan bertemu dengan Kak M ni. Segannya.  Ilmu di dada sangat kurang. Memang Kak M ni terdidik dengan baik oleh parent dia. Especially ayah dia. Dia betul2 jaga diri dia. Takkan sesekali bagi ayah, abang2 dan adik2 diheret ke neraka. Kak M seorang anak yatim. Dia dah takde ibu. Subhanallah, ibu dia dah tinggalkan anak yang solehah. Yang bertanggungjawab pada keluarga. 

Saya sangat berharap pada Allah dan sentiasa berdoa supaya satu hari nanti dipertemukan juga dengan Kak M. Supaya kami boleh sentiasa berkongsi ilmu. Saling ingat mengingati satu sama lain sama seperti dia melayan adik2 dia sendiri.



*syukur Alhamdulillah Kak M dikurniakan suami yang sangat penyayang dan soleh..InsyaALLAH. Baru2 ni dapat khabar Kak M dah pregnant. Alhamdulillah. Moga Allah sentiasa pelihara Kak M, suami dan keluarganya..

NasyidFM



Assalamualaikum WBT
baru2 ni saya 'godek2' facebook terjumpa la seorang kawan ni like page 'NasyidFM'. Page pe tu? Rupanya page radio NasyidFM. Tak pernah tau pun pasal radio tu. Tekan URL yang ade kat page tu macam ni http://www.nasyidfm.com.my/v1/
sekali, keluar lagu2 nasyid. Teruja beta. Semua lagu2 nasyid. Berterusan. Iklan sikit2 je. Kadang2 ada ceramah/ulangan ceramah. Latest song, previous song. Sume ade. Qasidah, zikir. Cara ni la nak rawat rohani kita. InsyaAllah moga hati2 kita sentiasa dekat dengan Islam.