
Teringat sesuatu. Teringatkan saudara kita nun di sana. Palestin yang tak lena tidur mereka dek kekejaman Zionis. Terasa bersalah diri ini dengan mereka. Mana taknya, ingatan cuma sekali sekala. Mengejar keseronokan di sini. Bergelak ketawa dengan kawan2. Bersuka ria tatkala mereka sentiasa takut untuk keluar rumah. Kadang2 duduk dalam rumah pun tak selamat. Astaghfirullah. Maafkan kami saudara.
Tiba2 teringat pesanan seorang pemimpin mahasiswa dalam satu forum pembebasan rakyat Palestin:
"kita kena ingat derma yang kita bagi pada rakyat Palestin bukanlah derma tetapi bayaran hutang kita kepada mereka kerana mereka telah jagakan kita tanah Palestin dan Masjidil Aqsa"..

No comments:
Post a Comment