Monday, July 1, 2013

:: Puasa ::


Assalamualaikum WBT

Lama tak update blog ni. Sangatlah busy nak ngadap bende ni. Alhamdulillah baru selesai menghabiskan final exam untuk final sem, final year. Syukur. Moga Allah permudahkan segala urusan di masa akan datang.

InsyaAllah lebih kurang 8 hari lagi akan bertemu dengan bulan rahmat Ramadhan Al-Mubarak. Baru2 ni sebelum meninggalkan kampus tercinta, saya ada menghadiri kuliah Maghrib oleh Tuan Guru yang mengajar di Masjid Imam As-Syafie melalui tafsiran kitab olehnya.  InsyaAllah saya akan kongsikan kebaikan yang dapat kita peroleh melalui ibadat dalam bulan Ramadhan. Moga perkongsian memberi manfaat bersama:

1) Segala perbelanjaan di bulan puasa dibalas syurga. Perbelanjaan dimaksudkan termasuklah makanan, sedekah dll
2) Bau mulut orang yang berpuasa diumpamakan seharum kasturi di sisi Allah
3) Diampunkan dosa bagi orang yang beramal di malam lailatulqadar sekurang2nya solat Isya berjemaah
4) Akan digandakan pahala bagi mereka yang melaksanakan solat sunat Isya 4 rakaat. Boleh dibuat 2 sebelum dan 2 selepas atau 4 rakaat sebelum atau selepas solat Isya
5) Dikurniakan nikmat keseronokan ketika berbuka
6) Mendapat pahala tidur di dalam bulan puasa dengan sentiasa menyebut Allah

Antara kelebihan yang dapat kita peroleh dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya banyak lagi. Tak sempat nak salin lebih sebab datang lewat.

*Pesan Nabi 'buatlah apa sahaja, apa yang kamu buat itu kamu akan dapat'...

8 Nak buat ibadat jangan tunggu bulan Ramadhan je. Mulalah tatkala kita mula sedar perlunya kita berubah ke arah yang lebih baik. Berubah tak semestinya tunggu kita kena betul2 bersedia. Berubah dalam Islam ni perlu dipaksa. Hidup kita tak lama. Tua atau muda anytime boleh diambil nyawa. Kita milik Allah 8

No comments:

Post a Comment